happiness

happiness
little also can be enough

Sunday, 16 October 2016

ni pula contoh sijil menggunakan Microsoft Word :D


Contoh saya menggunakan Microsoft Word untuk membuat surat rasmi :)

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan

Iskandar Dzulkarnain Bin Ismail
5586 jalan Kemudi 3/21
Taman Setia Merdeka
Shah Alam, 40100 Selangor Darul Ehsan                                                              1 Februari 2016

Tuan/Puan,

KAJIAN PENGESAHAN GRADUAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Seni, Komputeran dan Industri (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Pusat ICT sedang menjalankan kajian bertajuk “Kajian Pengesanan Graduan (Teknologi Maklumat)” seperti yang tersebut di atas.

2.         Sehubungan dengan itu, satu borang soal selidik diedarkan bagi mengenal pasti kesesuaian Program Pendidikan Teknologi Maklumat dari tahun 1997 hingga kini terhadap tugas-tugas sebagai guru teknologi maklumat di sekolah. Pihak FSKIK ingin memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan borang soal selidik yang dilampirkan dan memulangkannya menggunakan sampul surat yang disediakan sebelum 1 Ogos 2012, supaya analisis statistik dapat dijalankan seterusnya.

3.         Jika pihak tuan/puan berminat untuk mengetahui hasil analisis, sila nyatakan di dalam borang soal-selidik yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Puan Norhazalila Bt. Ahmad Nordin  (Telefon: 05-4506519 atau e-mel: ila@upsi.edu.my).

Akhir kata, pihak FBK ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan/puan.

Yang benar,

__________________
DR. MAIZATUL HAYATI MOHAMAD YATIM
Dekan
Fakulti Seni,Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris