happiness

happiness
little also can be enough

Saturday, 26 November 2016

King of maker, Movie Maker!


Hai, Hanis kembali!

Pembaca tahu pasal movie maker kan? Yaa.. sekarang ni Hanis nak share pasal penggunaan movie maker yang Hanis tahu.



Tugasan yang diberikan kepada Hanis semasa berada di dalam kelas ialah untuk membuat iklan. Hah.. serabut cari idea.

Tiba-tiba terpandanglah botol febreze dekat almari.

*petik jari* idea muncul!

Dengan itu sesi rakaman pun bermula.


Dah selesai rakam semua video tu, buka movie maker dan masukkan dengan klik Home> Add Video and Music.


Seterusya, boleh edit video dengan memasukkan lagu, caption, record narration dan animation pada video.

Video juga boleh di pelbagaikan dengan menambah atau mengurangkan kelajuannya dengan klik pada Edit> Speed.

Untuk memotong bahagian video yang tidak diperlukan pula pada Edit> Trim tool.

 Pada video, Hanis menggunakan visual effect mirror untuk memantulkan rakaman yang digunakan.

Selepas itu, kemaskan video dan boleh publish untuk dikongsi.

Semoga dapat membantu untuk menambah pengetahuan.










Audacity, dengar suara sendiri !

Assalamualaikum semua. Hanis di sisni..
penulisan kali ini Hanis nak share tentang audacity.
Adacity ini kegunaan dia untuk menggabungkan beberapa audio dalam satu file.

Kita boleh download lagu yang kita mahukan daripada google.

Buka apps audacity, klik File>Import>Audio.

Kita juga boleh masukkan suara kita sendiri dengan rakam suara! Pastikan microfon pada laptop atau komputer anda sudah ON!! hehehehe..

untuk tambah background musik boleh klik:


File baru akan muncul, kita edit siap-siap pastu ctrl+C dan ctrl+V pada file asal.

Adjust suara, volume, speed atau sebagainya di Task Bar Effect.

Dah puas hati, Save!

Lepastu dengar suara sendiri, ulang banyak-banyak kali sampai muak.
Heee.

Enjoy!!


GIMP pakar pengedit gambar anda!

Assalamualaikum semua!!
Hari ini Hanis nak berkongsi maklumat tentang apps GIMP.
Apa GIMP ni?
~~~~~~~~~~~

GIMP merupakan salah satu aplikasi yang digunakan untuk mengedit sesuatu gambar atau membuat poster.

Macam mana?

Buka apps GIMP dan kita boleh pilih untuk masukkan gambar yang hendak di edit dengan tekan pada file>new.

Seterusnya boleh pilih gambar dan enter.

Yang bestnya GIMP ni kita boleh gambungkan beberapa gambar menjadi satu dengan menggunakan scissor pada tools box.

Pastikan buat layer baru sebelum kita mengedit sesuatu supaya mudah untuk kita mengubahnya semula. Tekan ctrl+L untuk layer punya kotak.

Background pun boleh letak tau! caranya dengan klik pada Bucket Fill dan pilih warna.

Gradient pula digunakan untuk membuat corak atau bentuk yang menarik pada latar belakang gambar anda!

Di samping itu, kita boleh meletakkan teks pada gambar dengan klik pada huruf A pada tools box tu.

Mudahnya!!!

inilah yang Hanis belajar dalam kelas, lepas ni boleh edit gambar banyak-banyak. HIHI..

Ops, jangan lupa save gambar yang dah siap tu :)

Hasil kerja tangan saya:

  Gabungan beberapa ekor haiwan dalam satu gambar.



Poster untuk kempen badan cergas.


Terima ksih kerana membaca.

Sunday, 20 November 2016

Si Hyper di dalam PowerPoint!!

SIAPA?

Haaa...jawab soalan ini dulu.

1) Tahu apa itu POWERPOINT?
2) Pernah menggunakan POWERPOINT?

Terima kasih kerana menjawab kerana jawapan Hanis pada kedua-dua soalan tersebut juga ialah Ya.

Kalau Hanis tanya apa itu Hyperlink? tahu tak?

Sebelum ini, serius Hanis tidak tahu pun apa fungsinya dalam powerpoint tu. Tapi sekarang dah tahu dan nak berkongsi apa yang Hanis tahu dengan para pembaca yang rajin mencari ilmu ini.
Ohh, si hyper tu Hyperlink la. Hihii

Powerpoint merupakan salah satu paparan slide yang digunakan oleh masyarakat untuk membantu proses penyampaian sesuatu perkara supaya lebih menarik. Kita boleh meletakkan pelbagai jenis animasi untuk menggerakkan perkataan atau gambar yang hendak ditunjukkan. Setiap animasi boleh ditentukan masa dan jenis yang akan digunakan.



Tadaa...inilah slide dimana Hanis menggunakan hyperlink.

Sunday, 13 November 2016

Kembara jelajah Excel.

Selamat petang!!

Kali ini Hanis nak menjuruskan perkongsian tentang penggunaan VLOOKUP dan COUNTIF dalam Microsoft Excel.
VLOOKUP- 
 Pada memahaman Hanis, Vlookup ini digunakan untuk mengisi sesuatu gred atau markah. Contohnya, seorang guru pastinya akan mempunyai tugas untuk memasukkan data seperti markah dan gred bagi peperiksaan yang dijalankan. Vlookup ini memainkan peranan penting bagi membantu para guru yang kepenatan bekerja di siang hari untuk mempercepatkan proses pengisian gred bagi markah tersebut. Sebelum itu, kita kena buat satu helaian (sheet) baru untuk jadual gred.

Pastikan gred yang dibuat betul tau.. Kalau tidak, tak menjadi~

COUNTIF-
 Untuk Countif, ianya berkaitan dengan Vlookup kerana beungsi untuk mengira jumlah gred atau markah yang digunakan dalam Vlookup. Bagi skala gred untuk countif, ianya mempunyai formula yang berbeza. Contohnya, bagi gred markah A formula yang digunakan ialah =COUNTIF(D$2:D$31,"A").  Masa mula-mula Hanis buat memang tidak menjadi. Tapi, dengan kuasa 'bertanya', akhirnya berjaya menemui jalan yang lurus. Hahaha..serius, buat Excel ni lebih seronok dengan kawan-kawan. Kalau buat sendiri takut mengalami tekanan perasaan pula nanti.

Yang penting, LATIHAN!!!

Okay, sambung. Selepas siap menggunakan Countif bolehlah tambahkan semua jumlah dengan Auto Sum dan bolehlah buat jadual~

Terima kasih kerana membaca penulisan saya . =D




Saturday, 12 November 2016

Assalamualaikum.

Hai semua pembaca! semoga hari ini merupakan hari yang ceria untuk anda semua.
Okay, hari ini Hanis nak berkongsi dengan pembaca semua tentang 'Mail Merge'.

"Apa? Mail Merge?, tak pernah dengar pun".

Hahaha, jangan risau. Nak bagitahu la ni.

Semasa Hanis dapat arahan daripada pensyarah untuk buat surat dan sijil sebanyak lima orang penerima, dalam kepala terbayang-bayang perkataan banyak nya!!

HAAAA... tapi dengan kaedah mail merge atau mel cantum ni, taip-taip, klik, print, siap!

"Mana nak cari?"

Sini-sini! dekat Microsoft Word, klik pada Mailings dekat kotak atas tu.
Serius kalau Hanis tak tahu kaedah ni memang taip dan copy paste je lima surat dengan sijil tu.
Alhamdulillah, nama pun belajar kan....

Mail Merge ni untuk memudahkan kita, contohnya dalam sesuatu program atau pertandingan pastinya peserta akan diberikan sijil. Andaikan, peserta ada 200 orang, takkan nak taip satu-satu sijil kan.

Mudahnya di sini, dalam Mail Merge kita masukkan nama dan ic (sijil) dan simpan senarai nama tu! Kalau hilang, silalah taip semula.

<<AddressBlock>> ni penting tau! pastikan klik dulu dan pastikan keluar dekat bahagian nama dan ic dekat sijil kita. Nanti keluarlah senarai nama kita tulis tadi. Kena semak dulu sebelum kita selesaikan merge kita mana tahu ada kesalahan ejaan atau nombor. kosep yang sama juga digunakan untuk buat surat . Masa Hanis mula-mula buat pun terkial-kial juga, yang penting selalu buat latihan.
 Heeee..


Akhir sekali, Print, pilih All untuk cetak semua sijil kita tadi. Hanis dah cuba. Berjaya!!! Cikgu dan bakal cikgu diluar sana yang kena buat sijil atau surat lepas ni dah tak perlu pening-pening.

Taip-taip, Klik, Print!
Pintar Teknologi, kita praktikkan, kerja dipermudahkan.

Bye, jumpa lagi pada penulisan seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca =)