happiness

happiness
little also can be enough

Saturday, 12 November 2016

Assalamualaikum.

Hai semua pembaca! semoga hari ini merupakan hari yang ceria untuk anda semua.
Okay, hari ini Hanis nak berkongsi dengan pembaca semua tentang 'Mail Merge'.

"Apa? Mail Merge?, tak pernah dengar pun".

Hahaha, jangan risau. Nak bagitahu la ni.

Semasa Hanis dapat arahan daripada pensyarah untuk buat surat dan sijil sebanyak lima orang penerima, dalam kepala terbayang-bayang perkataan banyak nya!!

HAAAA... tapi dengan kaedah mail merge atau mel cantum ni, taip-taip, klik, print, siap!

"Mana nak cari?"

Sini-sini! dekat Microsoft Word, klik pada Mailings dekat kotak atas tu.
Serius kalau Hanis tak tahu kaedah ni memang taip dan copy paste je lima surat dengan sijil tu.
Alhamdulillah, nama pun belajar kan....

Mail Merge ni untuk memudahkan kita, contohnya dalam sesuatu program atau pertandingan pastinya peserta akan diberikan sijil. Andaikan, peserta ada 200 orang, takkan nak taip satu-satu sijil kan.

Mudahnya di sini, dalam Mail Merge kita masukkan nama dan ic (sijil) dan simpan senarai nama tu! Kalau hilang, silalah taip semula.

<<AddressBlock>> ni penting tau! pastikan klik dulu dan pastikan keluar dekat bahagian nama dan ic dekat sijil kita. Nanti keluarlah senarai nama kita tulis tadi. Kena semak dulu sebelum kita selesaikan merge kita mana tahu ada kesalahan ejaan atau nombor. kosep yang sama juga digunakan untuk buat surat . Masa Hanis mula-mula buat pun terkial-kial juga, yang penting selalu buat latihan.
 Heeee..


Akhir sekali, Print, pilih All untuk cetak semua sijil kita tadi. Hanis dah cuba. Berjaya!!! Cikgu dan bakal cikgu diluar sana yang kena buat sijil atau surat lepas ni dah tak perlu pening-pening.

Taip-taip, Klik, Print!
Pintar Teknologi, kita praktikkan, kerja dipermudahkan.

Bye, jumpa lagi pada penulisan seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca =)

No comments:

Post a Comment