happiness

happiness
little also can be enough

Sunday, 13 November 2016

Kembara jelajah Excel.

Selamat petang!!

Kali ini Hanis nak menjuruskan perkongsian tentang penggunaan VLOOKUP dan COUNTIF dalam Microsoft Excel.
VLOOKUP- 
 Pada memahaman Hanis, Vlookup ini digunakan untuk mengisi sesuatu gred atau markah. Contohnya, seorang guru pastinya akan mempunyai tugas untuk memasukkan data seperti markah dan gred bagi peperiksaan yang dijalankan. Vlookup ini memainkan peranan penting bagi membantu para guru yang kepenatan bekerja di siang hari untuk mempercepatkan proses pengisian gred bagi markah tersebut. Sebelum itu, kita kena buat satu helaian (sheet) baru untuk jadual gred.

Pastikan gred yang dibuat betul tau.. Kalau tidak, tak menjadi~

COUNTIF-
 Untuk Countif, ianya berkaitan dengan Vlookup kerana beungsi untuk mengira jumlah gred atau markah yang digunakan dalam Vlookup. Bagi skala gred untuk countif, ianya mempunyai formula yang berbeza. Contohnya, bagi gred markah A formula yang digunakan ialah =COUNTIF(D$2:D$31,"A").  Masa mula-mula Hanis buat memang tidak menjadi. Tapi, dengan kuasa 'bertanya', akhirnya berjaya menemui jalan yang lurus. Hahaha..serius, buat Excel ni lebih seronok dengan kawan-kawan. Kalau buat sendiri takut mengalami tekanan perasaan pula nanti.

Yang penting, LATIHAN!!!

Okay, sambung. Selepas siap menggunakan Countif bolehlah tambahkan semua jumlah dengan Auto Sum dan bolehlah buat jadual~

Terima kasih kerana membaca penulisan saya . =D




No comments:

Post a Comment